Rancangan rumah adalah menjadi satu alternatif bagi mengurangkan masaalah perumahan di Kuantan/

Dari hasil penganalisaan data-data sample survey dan data-data yang berhubung dengan perumahan dan penduduk telah dapat menunujukkan potensi yang besar terhadap rumah murah. Atau dengan lain perkataan adanya keperluan terhadap rumah murah pada masa sekarang dan masa-masa akan datang. Penduduk-pendud...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 175336 Ahmad Faudzi Abd. Majid
Format:
Subjects:
Description
Summary:Dari hasil penganalisaan data-data sample survey dan data-data yang berhubung dengan perumahan dan penduduk telah dapat menunujukkan potensi yang besar terhadap rumah murah. Atau dengan lain perkataan adanya keperluan terhadap rumah murah pada masa sekarang dan masa-masa akan datang. Penduduk-penduduk berpendapatan rendah (kawasan kajian) tidak mampu untuk memiliki rumah murah berharga lingkungan $7,000 kebawah atau harga ansuran $20 - $40 per bulan. Dalam kajian mengenai rumah murah pula telah menghasilkan beberapa perkara : (1) Kekurangan pembinaan rumah murah di Kuantan untuk menampung sepenuhnya keperluan penduduk. (2) Masih belum ada rumah murah yang sesuai bagi gulungan yang berpendapatan lingkungan $200 sebulan. (3) Terdapat beberapa kelemahan dari segi prosedur pemilihan calun dan kemudahan awam. Oleh itu untuk memperbaiki keadaan tersebut dicadangkan beberapa perkara: (1) Cadangan untuk memperhebatkan lagi pembinaan rumah murah. (2) Cadangan jenis-jenis rumah murah yang sesuai dengan keperluan penduduk. (3) Cadangan-cadangan am yang berkaitan dengan prosedur pemilihan calun dan financing.