Kesan angin lintang ke atas kelajuan kereta /

Kestabilan sesebuah kenderaan yang bergerak di jalanraya atau lebihraya bergantung kepada beberapa faktor dan salah satu faktor yang penting adalah tiupan angin lintang. Di dalam kehadiran angin lintang, terdapat tiga kemungkinan kemalangan yang disebabkan oleh angin iaitu 1) Kemalangan gelincir sis...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 328808 Nik Mahmood Farid Nik Yusof Fuad
Format:
Published: Sekudai : UTM, 1994
Subjects:
Description
Summary:Kestabilan sesebuah kenderaan yang bergerak di jalanraya atau lebihraya bergantung kepada beberapa faktor dan salah satu faktor yang penting adalah tiupan angin lintang. Di dalam kehadiran angin lintang, terdapat tiga kemungkinan kemalangan yang disebabkan oleh angin iaitu 1) Kemalangan gelincir sisi 2) Kemalangan putaran 3) Kemalangan overturning. Projek ini memaparkan satu kaedah bagi menentukan halaju angin kritikal iaitu penentuan terhadap halaju angin yang menyebabkan kemalangan dan arah angin yang mempunyai risiko kemalangan yang tinggi. Sebelum penentuan terhadap halaju angin kritikal, beberapa anggapan yang mudah digunakan bagi membolehkan persamaan-persamaan yang terlibat diterbitkan. Berdasarkan kepada persamaan-persamaan yang diterbitkan, anjakan melintang, sudut putaran dan halaju angin yang boleh menyebabkan salah satu roda terangkat dari jalanraya dapat ditentukan. Seterusnya melalui ketiga-tiga perkara inilah pengiraan halaju angin kritikal dapat dilaksanakan. Dari kajian yang dibuat, didapati bagi ketiga-tiga kategori kenderaan (kereta, bas dan traktor/trailer) yang dikaji, hanya terdapat dua jenis kemalangan yang berlaku iaitu kemalangan gelincir sisi dan kemalangan putaran. Kelamlangan gelincir sisi berlaku bagi arah angin yang kurang dari 90' dan kemalangan putaran berlaku bagi arah angin yang lebih besar dari 90'. Kajian juga menunjukkan halaju angin kritikal berubah-ubah mengikut halaju kenderaan yang digunakan dan juga kepada arah angin yang bertiup. Namun begitu keputusan yang didapati bagi halaju angin kritikal bagi kemalangan putaran adalah tidak memuaskan dan memerlukan kepada kajian yang lebih mendalam pada masa yang akan datang.