Summary: | Kincir angin yang direkabentuk ini adalah dari jenis paksi-menegak. Rekabentuk projek ini terbahagi kepada empat bahagian utama iaitu, pengenalan teori yang berkaitan, pengiraan daya-daya aerodinamik, pengiraan bahagian struktur rekabentuk yang berpusing dan pengenalan mengenai pemilihan tapak yangs sesuai. Pengiraan daya-daya aerodinamik merangkumi pengiraan daya kilas yang dhdihasilkan oleh setiap satu bilah aerofil pada sebarang kedudukan putaran rotor. Pengiraan bagi gabungan ketiga-tiga bilah juga dilakukan serentak. bagi pengiraan struktur rekabentuk meliputi pengiraan bagi struktur aerofil yang telah dipilih, lengan, aci utama dan komponen-komponen yang berkaitan. Bagikomponen-komponen yang bergerak, nilai jidar keselamatan yang diambil adalah rendah iaitu menyamai dengan jidar keselamatan bagi rekabentuk sebuah pesawat terbang. Ini dilakukan supaya momen inersia jsisim bagi keseluruhan rotor yang bergerak adalah minima, seterusnya memudahkan ia mula berpusing. pemilihan tapak yang dibentangkan meliputi teori ketinggian yang diperlukan dan profail halaju angin melalui beberapa keadaan permukaan bumi yang berlainan.
|