Pembaharuan semula pusat pernigaan bandar Air Hitam, Johor/

Tujuan kajian ini ialah untuk monyelesaikan masalah pombangunan yang terdapat di Pusat Perniagaan Bandar Air Hitam melalui cara pembaharuan semula bandar. Didapati pembangunan yang sedia ada menimbulkan masalah kerana tidak sesuai dengan fungsinya sebagai pusat bandar tempatan yang memberi perkhidma...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 259118 Rosli Yusof
Format:
Published: Kuala Lumpur : UTM, 1981
Subjects:
Description
Summary:Tujuan kajian ini ialah untuk monyelesaikan masalah pombangunan yang terdapat di Pusat Perniagaan Bandar Air Hitam melalui cara pembaharuan semula bandar. Didapati pembangunan yang sedia ada menimbulkan masalah kerana tidak sesuai dengan fungsinya sebagai pusat bandar tempatan yang memberi perkhidmatan kepada penduduk tempatan dan fungsi nya sebagai 'stop-over town' kepada lalulintas. Dua masalah yang ketara; pertama, penyusunan gunatanah untuk perniagaan yang tidak teratur yang secara langaung mempengaruhi penyusunan aktibiti perniagaan itu sendiri. Keadaan pembangunan juga menampakkan alam sekitar yang buruk, keduanya pergerakan ;kenderaan menghadapi masalah jalan yang sempit dan sistem pergerakan yang kurang effisyen. Melalui kajian fizikal, sosio-ekonomi dan lalulintas terbukti bahawa pusat perniagaan ini perlu menjalani proses pembaharuan semula untuk mengubah alam sekitar dan merancang semula sistem pergerakan aerta dapat mengukuhkan ekonomi perniagaan daripada terjejas oleh kesan dari tarikan lalulintas ke Lebuhraya baru yang memungkinkan kemerosotan ekonomi perniagaan. Pembaharuan semula yang dijalankan ialah menyusun-atur gunatanah nelalui: pembangunan semula rumah kedai dimana perlu, nemulihkan masalah perniagaan yang ditimbulkan letakan gerai-gerai yang berselerak dengan cara memindahkan gerai-gerai itu ke tapak baru dan sistem pergerakan juga diperbaiki dengan merancang semula jalanraya, bulatan Air Hitam dan pergerakan keluar masuk bas dan teksi diperhentian masing-masing. Dua buah stesyen minyak diubah kedudukan nya. Laluan kaki disediakan untuk pejalankaki.Hasil kajian ini diharapkan dapat menunjukkan perlunya perancangan menyeluruh diujudkan di pusat perniagaan ini bukan sahaja bertujuan menyelesaikan masalah fizikal dan lalulintas tetapi juga membuka peluang perkembangan ekonomi.