Perancangan 'local center' di kawasan perumahan Damansara/

Pembangunan yang pesat di Kuala Lumpur menyebabkan kawasan perumahan terpaksa dibangunkan jauh dari pusat bandar. Untuk kemudahan penduduk di kawasan perumahan itu perlu diadakan sebuah 'local center' yang dapat memberikan perkhidmatan perniagaan dan juga pentadbiran dari taraf rendah. Sel...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 260561 Sepiah Mustafa
Format:
Published: Kuala Lumpur : UTM, 1980
Subjects:
Description
Summary:Pembangunan yang pesat di Kuala Lumpur menyebabkan kawasan perumahan terpaksa dibangunkan jauh dari pusat bandar. Untuk kemudahan penduduk di kawasan perumahan itu perlu diadakan sebuah 'local center' yang dapat memberikan perkhidmatan perniagaan dan juga pentadbiran dari taraf rendah. Selain dari itu 'local center' ini dapat mengatasi masalah seperti pembuangan masa didalam perjalanan kerana jarak yang jauh khasnya dalam mendapatkan barang-barang harian. Jadi sebuah 'local center' yang berfungsi memberikan perkhidmatan kepada penduduk disekitarnya sebahagian daripada perkhidmatan bandar, terutamanya dalam menyediakan barang-barang dan perkhidmatan dari taraf rendahperlu diadakan di kawasan-kawasan perumahan. Kawasan perumahan Damansara, tapak 'local center'nya telah dicadangkan tetapi belum dibangunkan lagi . Dari kajian awal didapati kawasan perumahan ini kekurangan tempat membeli-belah, kemudahan awam dan tempat berekreasi. Dalam merancang tatatur 'local center' ini perlu dibuat kajian terhadap fizikal tapak 'local center' dan juga sosio-ekonomi penduduk Damansar. Hasil daripada kajian didapati (a) tapak itu mempunyai potensi yang baik untuk dibangunkan kerana kedudukannya di'pintu masuk' dan kedudukanya di jalan-jalan utama (b) penduduk Damansara adalah terdiri daripada orang-orang berpendapatan tinggi dan berkemampuan dalam mendapat khidmat dan barang-barang yang mahal serta menghadapi masalah kekurangan tempat membeli-belah, kemudahan awam dan tempat berekreasi. Jadi penentuan elemen-elemen gunatanah di 'local center' adalah berdasarkan kepada kekurangan kemudahan-kemudahan yang didapati serta karakter penduduk dan perletakan elemen-elemen itu yang paling ideal berdasarkan kepada fizikal tapak. Cadangan dibuat, iaitu mengadakan kawasan perniagaan, kemudahan awam dan tempat berekreasi di 'local center' bagi kemudahan penduduk Damansara. Pembangunan di 'local center' ini selain daripada menentukan elemen-elemen gunatanah dan perletakannya, sistem lalulintasnya distrukturkan melalui sistem perhubungan yang sedia ada, iaitu mengujudkan satu sistem perhubungan yang ada dengan dengan jalan yang dibina di 'local center' sendiri. Pembangunan 'local center' ini akan mengatasi masalah yang dihadapi oleh penduduk di kawasan perumahan Damansara iaitu masalah mendapatkan perkhidmatan barangan dan sebagainya di tempat yang paling hampir dan masalah kekurangan kemudahan-kemudahan yang diperlukan.