Summary: | Kajian ini adalah untuk mengkaji tentang aliran logam yang terdapat di dalam spesimen dengan menggunakan kaedah tempaan yang optimum. Sp[esimen yang dipilih adalah daripada bentuk spana terbuka (open wrench) yang sedia ada. Dalam kajian ini, skop yang ditetapkan adalah pemilihan bahan, pemilihan proses, melakukan ujian mampatan, analisa keputusan ujian dan ujian sebenar. Ujian sebenar telah dilakukan bersama-sama Misri di mana beliau telah melakukan kajian di dalam penyediaan mould. Di samping itu, kajian ini juga diharapkan akan dapat memberikan sedikit sebanyak maklumat asas yang berkaitan dengan penghasilan spana tempaan. Dengan ini, adalah diharapkan agar kajian ini dapat memberikan manfaat kepada pihak yang berminat untuk melanjutkan lagi kajianini.
|