Summary: | Pada keseluruhannya sistem pembinaan rumah-rumah murah yang ada sekarang masih belum berjaya memenuhi matlamat mengadakan kos pembinaan yang rendah. Kebanyakan rumah-rumah murah yang dibina mendapat subsidi dari pihak kerajaan. Dari kajian yang dibuat didapati sistem pembinaan di beberapa sekim telah berjaya diperingkat perancangannya dimana kepadatan yang dikaji kurang berjaya diperingkat pembinaan, dimana cara yang digunakan hanyalah pengubahsuaian cara binaan lama atau "conventional" kepada bentuk, struktur, konsep dan bahan-bahan binaan yang baru, apabila berlaku kenaikan harga bahan-bahan utama seperti keluli, simen, batu-bata dan kayu. Sistem meluluskan pelan pembangunan dan mendapat "titles" tanah sekarang tidak sesuai untuk pembinaan rumah-rumah murah. Sistem ini memerlukan masa yang terlalu panjang dan ini merupakan sebab utama pemaju-pemaju swasta tidak berminat menceburkan diri dalam pembinaan rumah-rumah murah dinegara ini. Cara binaan dan meluluskan pelan secara tradisi menyebabkan kegagalan ajensi-ajensi pembinaan rumah-rumah murah menyelesaikan "dilemma" pembinaan rumah-rumah hari ini yang menghadapi masalah hendak membina rumah-rumah yang mempunyai kualiti yang bolih diterima, dalam masa yang singkat bagi mendapatkan kos pembinaan yang paling minima. Terdapat juga beberapa masalah yang perlu diatasi dalam perlaksanaan pembinaan rumah-rumah murah seperti undang-undang kecil binaan dan perancangan yang terlalu tinggi dan tidak seragam, kekurangan bahan-bahan pengganti bagi binaan rumah murah dan lain-lain lagi yang menjadi penghalang kepada objekti mengadakan rumah yang murah.
|