Summary: | Penumpuan sukan di Malaysia pada amnya adalah tidak menyeluruh hanya terdapat beberapa jenis sukan sahaja yang diberi penumpuan yang sepenuhnya oleh setiap pihak yang terlibat. Kemudahan-kemudahan sukan di Malaysia yagn sedia ada yang dibincangkan dalam tajuk berkenaan telah mengalami beberapa masaalah. Masalah-masalah yagn timbul adalah seperti kekurangan dalam kemuatan tempat duduk,padang rumput, trek dan gelanggang yang rosak, keretakan pada struktur bangunan pusat sukan, kurangnya kemudahan-kemudahan bersukan dan lain-lain. Masalah ini berlaku mungkin akibat dari perancangan dan pembinaan yang tidak teliti atau pun dari masalah-masalah polisi yang perlu diberi perhatian yang berat sewaktu peringkat awal untuk menujudkan satu-satu kemudahan sukan yang sempurna keadaan nya baik untuk pemain maupun untuk penuntun.
|