Taman permainan kanak-kanak di kawasan perumahan pangsa harga murah yang dibina oleh Dewan Bandaraya dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor/

Taman-taman permainan kanak-kanak dikawasan perumahan pangsa pada masa kini mengalami masalah dari segi perletakan, keluasan dan kemudahan-kemudahan permainan; kajian telahpun dijalankan ditiga kawasan perumahan pangsa iaitu Sulaiman Court, Bukit Bangsar dan Kampung Kerinci. Kajian ini bertujuan unt...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 262187 Ibrahim Mohd
Format:
Subjects:
Description
Summary:Taman-taman permainan kanak-kanak dikawasan perumahan pangsa pada masa kini mengalami masalah dari segi perletakan, keluasan dan kemudahan-kemudahan permainan; kajian telahpun dijalankan ditiga kawasan perumahan pangsa iaitu Sulaiman Court, Bukit Bangsar dan Kampung Kerinci. Kajian ini bertujuan untuk menyediakan satu piawaian bagi keluasan taman permainan dan menentukan perletakan taman permainan tersebut ditempat yang sesuai. Hasil daripada kajian menunjukkan : 1) keluasan taman-taman permainan yang disediakan oleh Dewan bandaraya adalah kurang daripada 0.5 ekar, dimana ini berbeza sekali dengan neegeri-negeri di Eropah. Akibatnya kemudahan-kemudhan yang terdapat di taman permainan juga turut berkurangan. 2) Taman permainan di Suleiman Coaurt mempunyai satu letakan yang baik; di Bukit Bangsar pula, letakannya hanyalah baikbagi bangunan-bangunan tujuh belas tingkat sahaja dan tidak untuk keselurunan kawasan. 3) Sambutan terhadap taman-taman permainan adalah baik jika sekiranya terletak diantara 180 hingga 600 kaki dai unit-unit kediaman kanak-kanak dan pabila penglihatan ibu bapa mereka tidak terlindung. Keluasan minima yang dicadangkan bagi taman permainan kanak-kanak ialah seluas satu ekar, dengan mengandungi kemdahan-kemudahan asas yang cukup. Perletanan yang optima pula ialah samada berbentuk 'court-yard' terbuka atau tertutup.