Summary: | Tesis ini bertujuan untuk merekabentuk sustu alat pengepung mekanikal bagi mengawal tumpahan minyak yang berlaku di samping penggunaan bahan-bahan buangan tempatan dari jenis organik untuk pembersihan kawalan yang telah dilakukan. Ianya akan digunakan di kawasan terlindung seperti pelabuhan atau marina. Pada kebiasaannya, kerja-kerja pengawalan dan pembersihan memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Rekabentuk alat pengepung yang dihasilkan cuba memperbaiki kelemahan yang terdapat pada sistem yang sedia ada. Rekabentuk baru ini mempunyai ciri-ciri yang tersendiri seperti pembentukan unit-unit kepada segarisan yang lengkap, keupayaan pengoperasian yang tinggi, kekuatan, kekuatan bahan yang sesuai dan sistem penyimpanan dan penyelenggaraan yang mudah. Untuk kerja-kerja pembersihan, bahan-bahan buangan organik yang banyak terdapat di Malaysia seperti habuk kayu, hampas tebu dan sekam padi boleh digunakan bersama bantuan peralatan lain. Diharapkan rekabentuk yang dihasilkan, dapatmeningkatkan tahap pengawalan dan pembersihan tumpahan minyak yang berlaku.
|