Streszczenie: | Tindak Balas Alkali-Silika (TAS) merupakan masalah yang muncul dalam konkrit oleh satu tindak balas kimia berlaku di antara ion hidroksil dari simen dengan silika reaktif dalam batu-baur. Tindak balas kimia ini dipengaruhi oleh keadaan persekitaran dan mengakibatkan konkrit mengembang. Pengembangan yang berlaku dipercayai memberi kesan keatas kekuatan, kestabilan dan kebolehkhidmatan sesuatu struktur konkrit.Masalah ini masih merupakan satu aspek baru di Malaysia yang perlu diterokai. Dengan itu projek penyelidikan ini dijalankan bertujuan mengkaji sejauh manakah masalah TAS dinegeri Johor dan bagaimana kesannya keatas rasuk-dalam konkrit bertetulang. Kajian ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kajian keatas potensi kereaktifan TAS batu-baur di Johor serta kelakuan pengembangan dan kajian kesan TAS keatas rasuk-dalam konkrit bertetulang.Kaedah pemeriksaan petrografi ASTM C295, ujian cepat bar-mortar Afrika Selatan, ujian cepat kimia ASTM C289, ujian bar-mortar ASTM C227 dan siri ujian fizikal mengikut kod tertentu digunakan untuk tujuan kajian bahan. pengawasan kelakuan sepanjang masa pendedahan dengan mengukur halaju denyutan ultrosonik (kaedah Pundit) dan pengukuran pengembangan dengan tolok terikan mekanikal dijalankan keatas rasuk-dalam sebelum ia dibebankan sehingga gagal.Keputusan yang diperolehi menunjukkan kebanyakan batu-baur di negeri Johoradalah tidak reaktif kecuali jenis tuff dari Pengerang dan kuari ENg Seng, Kluang. Kajian juga mendapati bahawa TAS memberi kesan yang berbeza ke atas konkrit tanpa tetulang berbanding dengan struktur konkrit bertetulang. Satu model kesan pengembangan dalaman TAS dicadangkan untuk menerangkan perbezaan ini. Kesan prategasan akibat TAS didapati meninggikan kekukuhan dan kekuatan muktamad struktur konkrit berterulang yang berumur satu tahun. Disamping itu TAS telah membaiki sifat kemuluran pada konkrit tanpa tetulang tetapi tidak pada kekuatan mampatan.
|