Pemetaan topografi menggunakan teknik orthofoto dengan sebahagiannya dirujukkan kepada keadaan di Malaysia /

Tujuan utama tesis ini adalah untuk membuat satu tinjauan dari penggunaan teknik orthofoto dinegara ini dan untuk memberi pandangan kepada pengguna-pengguna terutamanya Jurukur, Jurutera dan ahli-ahli Perancang. Dibahagikan awal tesis ini diterangkan dengan ringkas ssejarah dan perkembangan peralata...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 263957 Abd. Malik Yahdy
Format:
Subjects:
Description
Summary:Tujuan utama tesis ini adalah untuk membuat satu tinjauan dari penggunaan teknik orthofoto dinegara ini dan untuk memberi pandangan kepada pengguna-pengguna terutamanya Jurukur, Jurutera dan ahli-ahli Perancang. Dibahagikan awal tesis ini diterangkan dengan ringkas ssejarah dan perkembangan peralatan orthofoto sehingga sekarang. Diaterankan juga teori asas teknik ini dan prinsip-prinsip rektifikasi differensial. Keterangan dalam perancangan diberikan bagi projek pemetaan orthofoto dan selisih-selisih yang terlibat dalam penghasilan orthofoto. DiMalaysia, projek pemetaan menggunakan teknik orthofoto sangat terhad dan hanya dijalankan oleh Jabatan Ukur sahaja. Jadi, dibahagikan pertengahan tesis ini perbincangan dikhususkan kepada penggunaan teknik orthofoto didalam projek pemetaan yang dilakukan dinegara ini. Perbincangan menrangkumi kepada jenis kawasan yang telah dipetakan, sekil, peralatan yang digiunakan, kejituan dan masalah yang telibat. Perbandingan dari segi masa dankos telah dibuat menggunakan kedua-dua teknik orthofoto dan konvensional dalam proses pengeluaran epta tpografi diluar negeri. Dibahagian akhir ini, penulis telah membuat beberapa percubaan penghasilan orthofoto untuk berbagai jenis mukabumi di Malaysia. Empat model contoh telah dipilih iaitu kawasan pembahagunan, mukabumi berbukit, mukabumi berbukit curam dan kawasan yang mukabuminya rata. Untuk setiap model, orthofoto dihasilkan menggunakan empat jenis slit yang berbeza. Bagi mukabumi yang berbukit, dan berbukit curam dropped line dihasilkan serentak dengan penghasilan orthofoto supaya kontor dapat diterjemahkan. Akhir sekali, satu analisa telah dibuat dari segi masa penghasilan berbanding dengan jenis slit yang berbeza, jenis slit yang bersesuaian dengan mukabumi dan slit yang paling sesuai dengan persembahan dropped line.