Modelling of traffic for communication network /

Protokol Distributed Quene Dual Bus (DQDB) telah diambil dan dibangunkan oleh Kumpulan IEEE 802.6 sebagai satu piawai untuk Metropolitan Area Network (MAN). DQDB ini menyokong perkhidmatan segerak dan tidak segerak dan kajian tesis ini adalah bertumpu kepada perkhidmatan tidak segerak. DQDB ini yang...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 408870 Rosli Abdullah
Format:
Published: Kuala Lumpur : UTM, 1994
Subjects:
Description
Summary:Protokol Distributed Quene Dual Bus (DQDB) telah diambil dan dibangunkan oleh Kumpulan IEEE 802.6 sebagai satu piawai untuk Metropolitan Area Network (MAN). DQDB ini menyokong perkhidmatan segerak dan tidak segerak dan kajian tesis ini adalah bertumpu kepada perkhidmatan tidak segerak. DQDB ini yang dibina terdiri dari 2 bas dimana masukan kepada trafik tidak segerak adalah dengan menggunakan baris agihan algoritma untuk penghantaran medium. Tujuan projek ini adalah untuk menentukan prestasi DQDB dengan menggunakan perimbanganlebar jalur (BWB) dan mendapatkan keluaran berdasarkan dari pelbagai keadaan trafik. Prestasi DQDB ini dikaji dengan menggunakan proses simulasi komputer berdasarkan kepada isu agihan yang adil. Rangkaian DQDB tanpa menggunakanperimbangan lebar jalur (BWB) akan menimbulkan masalah agihan yang tidak sekata apabila beberapa nod melakukan pemindahan fail-fail yang besar. Masalah ini timbul disebabkan oleh masa tangguh penyebaran diantara nod yang lebih panjang dari masa penghantaran segmen data. Perimbangan lebar jalur (BWB) kemudiannya dicadangkan sebagai jalan penyelesaian yang mudah. Oleh yang demikian, peruntukan lebar jalur yang adil dapat diwujudkan bagi tujuan pemindahandata.