Тойм: | Projek ini bertujuan untuk menelajah dunia sistem pakar, mengaut pengalamanmembina suatu sistem pakar, dan mencari peralatan serta teknik untuk membinanya(dimana dalam kes ini, untuk membina sistem berkaitan dengan masalahdiagnosis), masalah yan gmungkin berlaku serta kelemahan yang seseorang mungkin temui semasa [embinaan sistem pakar. Oleh itu, fokus utama laporan projek ini adalah pada cara-cara yang digunakan, keputusan yang diperolehi serta perbincangan atas kemungkinan projek ini diperkembangkan. Untuk projek ini,suatu sistem pakar untuk mengenal-pasti masalah komputer telah dibina sebagai suatu kajian kes untuk tujuan-tujuan yang telah dinyatakan di atas. Suatuperisian Kelompang Sistem pakar (Expert system shell), INSIGHT 2+(versi pelajar) telah digunakan untuk membinakan sistem pakar ini, dan keputusan yangdiperolehi adalah agak memuaskan di mana suatu metodologi telah dikenal-pasti dimana ia adalah sangat berguna dan berkesan dalam membina kes ini, menganal-pasti masalah komputer. Dasar pengetahuan (Knowledge-base) yang dibina adalah terdiri daripada lebih kurang 370 peraturan dan boleh mengenal-pastilebih daripada 100 masalah komputer.
|