Summary: | Salah satu masalah yang dihadapi oleh masyarakat pekak ialah bagaimana berhubung secara berkesan dengan orang biasa. Ini adalah kerana bilangan orangramai yang memahami bahasa isyarat orang pekak adalah sedikit. Oleh itu, satu alat pengecam dari bahasa isyarat kepada pertuturan perlu dibina untuk membantu orang pekak berhubung dengan masyarakat.Pada peringkat awal, sistem ini akan dibina berasaskan komputer persendirian. Sistem ini terdiri daripada dua bahagian. Bahagian pertama melibatkan pengencaman bahasa isyarat kepada teks dan bahagian kedua melibatkan penukaranteks kepada pertuturan melalui teknik pensintesisan suara. Projek ini meliputi pembinaan bahagian pertama.Sistem pengecaman bahasa isyarat kepada teks ini mengandungi beberapa bahagian. Ini termasuk: satu sistem pengesan untuk mengecam abjad tangan (manualalphabet), satu sistem penjana kod yang menjanakan kod yang mewakili setiap abjad tangan, dan satu perantaramuka yang mengantaramukakan sistem inidengan komputer persendirian. Selain daripada itu, sistem ini juga mengandungi satu aturcara komputer untuk perlaksanaan operasi.Sebuah sistem prototaip telah dibina dalam projek ini, dan sistem ini telahberjaya mengecam kesemua 26 abjad tangan. Adalah diharapkan projek ini akanmenjadi baru loncatan kepada usaha pembangunan sistem pengecam bahasa isyarat kepada pertuturan yang akan memanfaatkan masyarakat pekak secara keseluruhannya.
|