Итог: | Sejak kebelakangan ini, penangkap luruan banyak digunakan sebagai sejenis alat perlindungan dalam sistem kuasa untuk melindunginya daripada luruan voltan lampau. Penangkap luruan ini telah dibuktikan sebagai salah sejenis alat perlindungan yang tahan lasak dan mempunyai keboleh-harapan yang tinggi dalammelindungi sistem kuasa. malangnya, sehingga kini, masih tidak terdapat cara yang berkesan dalam penjagaan keadaan penangkap luruan. bila kesinambunganbekalan elektrik kepada pengguna-pengguna menjadi semakin penting buat masakini, maka, keadaan penangkap luruan perlu dijaga dan dikenalpasti dari semasa ke semasa. oleh yang demikian, satu cara pengenalan keadaan penangkap luruan dengan menggunakan pengukuran RUS BOCOR RESISTIF (jenis arus ulangalik)telah dikeutarakan. perhatian adalah diberikan kepada jenis penangkap luruanyang yang dibekalkan oleh tenaga nasional berhad dan masalah-masalah yang dihadapi dalam mengenalpasti keadaan penangkap luruan tersebut. projek ini dibuat secara berperingkat. pertama, penulis akan membuat pembacaan berkenaan dengan penangkap luruan. ini akan diikuti dengan penciptaan sebuah penguat kerbeda. akhirnya, ujikaji dengan menggunakan teknik sepertimana yang tersebut di atas akan dijalankan untuk memenuhi keperluan projek ini.
|