Summary: | Semenjak bermulanya era bertamadun, sistem perhubungan merupakan antara yant terpenting di dalam kehidupan manusia. Apabila jarak perhubungan bertambah, maka berbagai jenis peralatan perhubungan diperkenalkan. Antena radiomenyediakan suatu sistem pemancaran dan penerimaan gelombang radio. Penghantran tenaga gelombang mikro boleh dikendalikan dengan cekap melalui antena pemancar dan penerima tanpa menggunakan apa-apa struktur penghubung antarakedua-duanya. Secara umumnya, apabila kita membincangkan mengenai frekuenssirendah dan jarak dekat, maka talian penghantaran adalah lebih praktik.Frekuensi tingi selalu digunakan kerana kelebihan dari segi lebar jalur. Bila jarak penghantaran bertambah dan frekuensi tinggi digunakan, maka penggunaan antena lebih menguntungkan. Projek ini membolehkan pelajar mengkaji ciri-ciri gelombang elektromagnet terutamanya dalam bidang gelombang mikro.Parameter-parameter antena seperti gandaan, bentuk pemancaran antena danfrekuensi yang diguna juga turut dikaji. Projek ini akan memberikan pelajar pengalaman 'langsung' dalam bidang merekabentuk dan membina antena piramiddengan spesifikasi yang tertentu. perbezaan antara nilai spesifikasi danujikaji akan dibincangkan pada akhir laporan ini.
|