Summary: | Permintaan bagi sistem perhubungan radio bergerak didarat sedang bertambah dengan hebatnya dan sistem ini menjadi semakin penting dan disukai ramai. Untuk mencapai sistem radio bergerak yang berkemampuan tinggi dan dapatmemenuhi permintaan yang semakin hebat, teknik penggunaan semula frekuensidan pembelahan sel telah dilakukan. Satu fakta penting dalam teknik penggunaan semula frekuensi ialah gangguan saluran bersama dan ia mesti diambil kirauntuk memberikan satu kualiti penyiaran yang baik.Oleh itu, projek ini telah dilakukan dengan objektif untuk membuat tinjauankesusasteraan ke atas konsep 'cellular', gangguan saluran bersama bagiteknik penggunaan semula frekuensi dan juga kesan persekitaran terhadappenyebaran sistem radio bergerak. Selain daripada itu, satu pembelajaranperibadi bagi sistem "SMRTSAM Plus' juga dilakukan. Akhir sekali, satuanalisa bagi gangguan saluran bersama daripada keputusan eksperimen yangdilakukan telah dibuat untuk menentukan kawasan yang mengalami gangguansaluran bersama bagi kawasan yang ditinjau.
|