Tinjauan masalah-masalah pemaju perumahan di dalam pembangunan perumahan kos rendah di Semenanjung Malaysia/

Sekitar awal tahun 1993 isu perumahan kos rendah merupakan satu topik menarik untuk diperbincangkan oleh seluruh masyarakat Malaysia. Sehubungan dengan itu penulis begitu berminat untuk mendalami dengan lebih terperinci pembangunan perumahan kos rendah di negara yang kian pesat membangun ini. Kajia...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 269858 Siti Sarah Husin
Format:
Published: Sekudai : UTM, 1994
Subjects:
Description
Summary:Sekitar awal tahun 1993 isu perumahan kos rendah merupakan satu topik menarik untuk diperbincangkan oleh seluruh masyarakat Malaysia. Sehubungan dengan itu penulis begitu berminat untuk mendalami dengan lebih terperinci pembangunan perumahan kos rendah di negara yang kian pesat membangun ini. Kajian dan penyelidikan yang lebih terperinci dan meliputi keseluruhan aspek yang menyebabkan pembangunan perumahan kos rendah lembab dan tidak mencapai sasaran kerajaan perlulah dilaksanakan. Hasil penemuan daripada kajian yang dijalankan, didapati bahawa kadar harga rumah kos rendah yang tidak berubah sejak berpuluh-puluh tahun dahulu merupakan masalah utama yang menyebabkan penglibatan pemaju di dalam pembangunan perumahan kos rendah kurang memberangsangkan. Di sebabkan oleh harga yang rendah kurang memberangsangkan. Di sebabkan oleh harga yang rendah untuk perumahan masakini, pemaju menghadapi kesukaran untuk menyeimbangkannya dengan kos pembangunan yang semakin meningkat. Masaitu adalah emas! Bagi pemaju masa adalah wang yang mana ia mempengaruhi kedudukan kewangan dan keuntungan pemaju. faktor masa memberikan pulangan yang negatif kepada pemaju sekiranya pihak-pihak berkuasa masih lagi mengabaikan tempoh pemprosesan permohonan pelan pembangunan. Ini adalah disebabkan oleh peningkatan kos pegangan pemaju seperti pembayaran cukai tanah, kadar faaaaaaaedah pinjaman kewangan dan lain-lain kesulitan yang timbul. Keprihatinan semua pihak yang terlibat adalah penting untuk membantu meringankan bebanan pemaju di dalam pembangunan perumahan kos rendah. Di samping membuat kajian berkenaan dengan masalah yang mengganggu pembangunan perumahan, penulis juga mengenalpassti cadangan-cadangan yang dijangkakan dapat membantu pemaju mempertingkatkan lagi kualiti kerja dan mendorong mereka lebih berminat untuk membangunkan perumahan kos rendah.