Proses permohonan pecah sempadan di Majlis Perbandaran Seremban (MPS) /

Sebelum menjalankan sesuatu pembangunan tanah, adalah perlu melalui proses-proses atau peringkat-peringkat yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Setiap proses yang telah diwujudkan adalah untuk mengatur dan mengawal pembangunan. Bagi proses permohonan pecah sempadan, juga telah ditentukan perin...

Täydet tiedot

Bibliografiset tiedot
Päätekijä: 297042 Shangar Singodayan
Aineistotyyppi:
Julkaistu: Sekudai : UTM, 1994
Aiheet:
Kuvaus
Yhteenveto:Sebelum menjalankan sesuatu pembangunan tanah, adalah perlu melalui proses-proses atau peringkat-peringkat yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Setiap proses yang telah diwujudkan adalah untuk mengatur dan mengawal pembangunan. Bagi proses permohonan pecah sempadan, juga telah ditentukan peringkat-peringkat permohonan yang perlu dilalui. Di dalam menjalankan kajian proses permohonan pecah sempada, pengkaji telah menentukan matlamat kajian ini melalui pembentukan objektif. Seterusnya kajian ilmiah ini dijalankan, pengkaji mendapati proses permohonan pecah sempadan yang diamalkan pada waktu ini dapat dibahagikan kepada dua peringkat iaitu peringkat kelulusan dasar dan peringkat kelulusan terperinci. Daripada kajian ini juga pengkaji mengenalpasti faktor utama yang menyebabkab pemohon gagal mendapatkan kelulusan permohonan perancangan, adalah disebabkan sikap kurang prihatin pemohon itu sendiri. Ini dapat dilihat dari kajian yang telah dijalankan ddimana faktor utama kegagalan ialah pemohon tidak memahami proses sediada. Sepatutnya pemohon perlu lebih peka dalam masalah ini, kerana mereka sepatutnya berbincang dengan pegawai-pegawai perancang untuk meminta pandangan mereka berhubung permohonan yang ingin dikemukakan.