Summary: | Pada bulan Jun 1947, jesselton (Kota Kinabalu) yang teletak di bahagian Pantai Barat negerai Sabah telah menjadi ibu negeri Sabah. negeri ini mencapai kemerdekaan melalui Kerajaan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. pada tarikh yang sama, secara tidak langsung Jesselton telah ditukar namanya menjadi Kota Kinabalu. Sejak itu, bandar ini pesat membangun dari segi fizikal, sosial dan ekonomi. Ekoran pembangunan yang epsat ini semakin banyak tanah diperlukan untuk menampung pelbagai projek pembangunan serta pemodenan.Seiringan dengan penambahan dan kepesatan pembangunan yang berlaku di bandar Kota Kinabaku, tekanan serta permintaan daripada masyarakat terhadap kemudahan-kemudahan asas, sosial dan sebagainya juga semakin meningkat, termasuklah permintaan terhadap perumahan. Permintaan ini timbul akibat daripada pertambahan penduduk yang pesat, sama ada melalui migrasi mahupun pertumbuhan secra semulajadi. Bagi mereka yang mempunyai masalah memperolehi tempat kediaman yang sempurna, yakni mendapat kemudahan-kemudahan awam dan sosial serta huhidup dalam keadaan selesa, mereka sanggup mendirikan rumah-rumah haram di tanah-tanah kerajaan atau persendirian. Masalah kewujudan rumah ahram ini juga disebabkan oleh beberapa faktor utama seperti kekurangan rumah, khasnya kos rendah, harga rumah yang kian meningkat serta kadar rumah sewa yang tinggi. penghuni rumah-rumah haram ini dikenali sebagai setinggan.
|