Summary: | Datum bagi jaringan Aras Kebangsaan bagi Semenanjung Malaysia adalah diasaskan kepada purata aras laut yang ditentukan oleh pihak Britisah Admiralty di pelabuhan Swettenham ( kini dikenali sebagai pelabuhan Kelang) dalam satu jangkawaktu setahun, 1912 - 1913. Walaubagaimanapun datum ini dianggap tidak memuaskan kerana jangkawaktu cerapan yang singkat dan kedudukan Pelabuhan Swettenham di muara sungai yang mana akan menyebabkan perubahan aras laut yang tidak setara. Cadangan untuk menjalankan pengukuran aras geodetik kedua di dalam tahun 1978 telah menggerakkan Jabatan Ukur untuk melancarkan satu program cerapan air pasang surut pada bulan September, 1981. Untuk mendapatkan nilai baru bagi Datum Pugak Geodetik Kebangsaan, sejumlah 12 lokasi untuk stesen cerapan pasang-surut yang terbaharu telah dipilih. Dari jumlah ini, 10 darinya telahpun memulakan operasinya. Adalah objektif penulisan kertas ini untuk melihat kriteria yang diambil di dalam pemilihan lokasi baharu itu dan melihat ksesesuaian lokasi itu untuk pebubuhan jaringan setesen cerapan pasang-surut terbaharu. Kebanykan maklumat yang terdapat di dalam penulisan ini dikumpulkan hasil dari wawancara dengan mereka-mereka yang terlibat secara langsung dengan program cerapan ini dan sumber-sumber lain. Berdasarkan kepada maklumat-maklumat ini, penulis telah membuat beberapa analisa dan kesimpulan terhadap lokasi setesen cerapan terbaharu untuk penentuan Datum Pugak Geodetik Kebangsaan bagi Semenanjung Malaysia.
|