Rancangan pembangunan Kg Wadi Hassan, Johor Bahru, Johor/

Penghijrahan penduduk ke bandar-bandar besar mengakibatkan ujudnya kawasan-kawasan setinggan atau kawasan kediaman yang rendah kualitinya. Kawasan-kawasan kediaman seperti ini menghadapi banyak masalah dari segi fizikal dan sosial. Kajian menunjukkan ketidakseimbangan pembangunan-pembangunan fizikal...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 175424 Norhayati Hamdan
Format:
Published: Kuala Lumpur : UTM, 1982
Subjects:
Description
Summary:Penghijrahan penduduk ke bandar-bandar besar mengakibatkan ujudnya kawasan-kawasan setinggan atau kawasan kediaman yang rendah kualitinya. Kawasan-kawasan kediaman seperti ini menghadapi banyak masalah dari segi fizikal dan sosial. Kajian menunjukkan ketidakseimbangan pembangunan-pembangunan fizikal dan sosial di Kg.Wadi Hassan. Susunatur rumah-rumah pada keseluruhannya tidak dirancang dengan baik. Sebahagian besar dari rumah-rumah adalah berkeadsan sederhana (39.8%) dan buruk (31.6%), Sistem sirkulasi di dalam kawasan ini juga tidak dirancang dengan baik. Laluan yang menghubungi unit-unit rumah merupakan lorong-lorong kecil yang tidak berturap malah ada unit-unit rumah yang tidak mempunyai asses yang merupakan jalan-jalan perhubungan yang khas. Keadaan yang tidak dirancang ini juga menyebabkan merosotnya kualiti alamsekitar akibat tidak adanya cara pembuangan sampah yang sistematik dan sistem saliran yang baik. Ciri-ciri fizikal yang merosot ini juga dapat membayangkan keadaan sosio-ekonomi penduduk Kg. Wadi Hassan yang tidak begitu memuaskan. Oleh yang demikian satu tindakan yang menyeluruh perlu diambil bagi memperbaiki keadaan sedia ada. Strategi pembangunan yang dipilih ialah campuran antara pembangunan semula dan pembaikan. Strategi pembangunan ini diterjemahkan kepada cadangan tata atur terperinci berdasarkan konsep perancangan. Tata atur ini merupakan cadangan perancangan yang menyeluruh Di Kg.Wadi Hassan. Di dalam melaksanakan pembangunan di Kg. Wadi Hassan pihak-pihak yang dicadangkan terlibat dan dipertanggungjawabkan ialah Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA), Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Johor dan Majlis Perbandaran Johor Bahru.