Penempatan semula pusat bandar Telok Anson/

Data-data hasil kajian penduduk dan sosio ekonomi telah dianalisakan dan didapati bahawa kadar perkembangan penduduk ialah 3.3% dan dianggarkan naik sehingga 80,034 orang pada tahun 1990. Dari analisa fizikal pula didapati bahawa Teluk Anson sedang menghadapi masalah perkembangan fizikal dan masala...

Täydet tiedot

Bibliografiset tiedot
Päätekijä: 277231 Kalsom Yop Mohd Kasim
Aineistotyyppi:
Aiheet:
Kuvaus
Yhteenveto:Data-data hasil kajian penduduk dan sosio ekonomi telah dianalisakan dan didapati bahawa kadar perkembangan penduduk ialah 3.3% dan dianggarkan naik sehingga 80,034 orang pada tahun 1990. Dari analisa fizikal pula didapati bahawa Teluk Anson sedang menghadapi masalah perkembangan fizikal dan masalah hakisan sungai akibat dari banjir. Masalah-masalah ini menyebabkan pembangunan fizikal bandar tersekat menimbulkan pembangunan tidak teratur dan mengancam keselamatan penduduk dan hartabenda. Seterusnya menggugat peranan bandar Teluk Anson sebagai pusat daerah hilir Perak. Dari kajian, didapati perlunya satu kawasan baru untuk gunatanah perpindahan dan kawasan pembangunan bagi masa-masa akan datang. Pemilihan tapak dijalankan berdasar dengan objektif pembangunan yang ingin dicapai iaitu tapak yang terpilih adalah cukup sesuai untuk menampong gunatanah pemindahan dan dapat mengintegrasikan gunatanah-gunatanah bandar sedia ada. Konsep Integrasi Komponen Bandar yang diujudkan mengekalkan identiti sistem yang asal. Berlandaskan atas konsep ini cadangan gunatanah bandar dibuat. Pemindahan kawasan yang menghadapi masalah dilakukan dalam 3 peringkat bermula dari 1980 hingga 1990. Pemindahan adalah mengikut mendesaknya masalah dikawasan tersebut dan penyediaan gunatanah lain adalah berdasarkan pada bilangan serta taburan jenis penduduk di bandar.