Kajian masalah dikawasan perkembangan Shah Alam : rujukan kepada Kampung Padang Jawa/

Rancangan pembangunan Shah Alam telah ditingkatkan dari masa ke semasa mengikut kajian dan unjuran pembangunan yang dilakukan di peringkat Wilayah dan juga tempatan. Perubahan-perubahan yang dibawa oleh kajian-kajian ini telah menyebabkan sempadan bandar ini mengalami beberapa kali pertukaran sejak...

সম্পূর্ণ বিবরণ

গ্রন্থ-পঞ্জীর বিবরন
প্রধান লেখক: 239635 Abd. Halim Ghazali
বিন্যাস:
বিষয়গুলি:
বিবরন
সংক্ষিপ্ত:Rancangan pembangunan Shah Alam telah ditingkatkan dari masa ke semasa mengikut kajian dan unjuran pembangunan yang dilakukan di peringkat Wilayah dan juga tempatan. Perubahan-perubahan yang dibawa oleh kajian-kajian ini telah menyebabkan sempadan bandar ini mengalami beberapa kali pertukaran sejak Shah Alam ditubuhkan. Kini didalam rangka penyediaan rancangan pembangunan jangka panjang sempadan bandar ini akan diperkembangkan untuk meliputi kawasan yang lebih luas. Perkembangan ini antara lain melibatkan Kampung Padang Jawa di pinggir bandar Shah Alam yang mempunyai berbagai masalah perancangan. Kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa masalah perancangan yang berlaku dikawasan ini meliputi aspek fizikal, sosioekonomi dan pentadbiran. Berdasarkan matlamat untuk mengujudkan kawasan perkembangan yang terancang, satu penganalisaan telah dibuat terhadap masalah-masalah yang terdapat dikawasan ini. Hasilnya beberapa tindakan utama bagi penyelesaian masalah telahpun dicadangkan diikuti oleh beberapa cadangan program yang perlu dilaksanakan dalam jangka panjang. Diantara keperluan utama bagi membolehkan pengawalan dan pengurusan pembangunan dilaksanakan ialah dengan menjadikan kawasan ini sebagai kawasan cantuman Shah Alam yang diurus khas sebelum dimasukkan ke dalam sempadan perbandaran. Ini diikuti oleh program-program penempatan semula setinggan, pembangunan pusat daerah, penempatan industri dan program pembangunan tanah secara bersendirian.