Arah dan kadar perkembangan bandar Kajang, Selangor dari 1957-1990 /

Data-data hasil daripada kajian (survey) kedai-kedai lain-lain 'establishment' dan perumahan dan kajian zon pengaruh telah dianalisakan. Didapati bahawa perkembangan bandar kajang di pengaruhi oleh faktor fizikal, sosial dan ekonomi. Bandar Kajang telah berkembang agak perlahan dalam tahun...

Full beskrivning

Bibliografiska uppgifter
Huvudupphovsman: 275535 Ruaidah Idris
Materialtyp:
Ämnen:
Beskrivning
Sammanfattning:Data-data hasil daripada kajian (survey) kedai-kedai lain-lain 'establishment' dan perumahan dan kajian zon pengaruh telah dianalisakan. Didapati bahawa perkembangan bandar kajang di pengaruhi oleh faktor fizikal, sosial dan ekonomi. Bandar Kajang telah berkembang agak perlahan dalam tahun-tahun 1957 hingga tahun-tahun 1960an, tetapi selepas 1970an, perkembangan adalah pesat. Sebagai Pusat Daerah dan 'collecting and distributing centre' Bandar Kajang mempunyai luas zon pengaruh kira-kira 12 batu sekelilingnya. Perkembangan Bandar Kajang didapati berjalan dua hala serentak dan berkembang secara linear mengikut jalan-jalan perhubungan ke arah luarnya. Bandar ini sekarang berbentuk bintang, (star-shaped) dan juga didapati seakan-akan adanya pembahagian zon-zon tertentu di bandar ini. Dengan tiga faktor, fisikal, sosial, ekonomi berserta dengan faktor letakkannya sebagai sebahagian daripada kawasan lembah Kelang serta wilayah-wilayah yang lebih luas lagi. Bandar Kajang dianggarkan akan terus berkembang di masa hadapan dan dapat membantu perkembangan Lembah Kelang. Sektor perindustrian di anggarkan akan berkembang pesat di masa hadapan. Pola perkembangan yang sesuai untuk masa hadapan yang dicadangkan ialah pola konsentris menghala ke Selatan atau ke Bangi.