Rancangan pembangunan Kg Ladang Pantai, Kuala Terengganu/

Urbanisasi bukan sahaja meliputi aspek pembangunan sosial, tetapi juga merangkumi aspek fizikal dan juga ekonomi. Kadar urbanisasi yang semakin cepat telah menimbulkan beberapa implikasi buruk terhadap perkampungan disekitarnya. Keadaan ini dapat dilihat dengan jelas diKampung Ladang Pantai yang t...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 179949 Mazlah Mohamad
Format:
Subjects:
Description
Summary:Urbanisasi bukan sahaja meliputi aspek pembangunan sosial, tetapi juga merangkumi aspek fizikal dan juga ekonomi. Kadar urbanisasi yang semakin cepat telah menimbulkan beberapa implikasi buruk terhadap perkampungan disekitarnya. Keadaan ini dapat dilihat dengan jelas diKampung Ladang Pantai yang terletak kira-kira 1 1/2 batu daripada pusat bandar Kuala Trengganu. Perkembangan bandar Kuala Trengganu secara tidak langsung telah mempengaruhi keadaan sosial dan ekonomi masyarakat kampung ini. Pembangunan fizikal kampung ini semakin ketinggalan jika dibandingkan dengan pembangunan fizikal pusat bandar. Tiadanya usaha yang dijalankan oleh pihak-pihak berkuasa tempatan, mengakibatkan keadaan ini semakin buruk yang boleh menimbulkan kesan-kesan negatif kepada pembangunan kampung ini. Menyedari keadaan ini, penulis telah mencadangkan gabungan dua strategi iaitu pembangunan semula ekonomi dan 'up-grading' untuk memperbaiki keadaan fizikal kampung ini agar seimbang dengan pembangunan sekitar. Strategi ini, diharapkan tingkat pembangunan fizikal kampung ini dapat diperbaiki yangmana secara tidak langsung keadaan ekonomi penduduk Kampung Ladang Pantai ini dapat diperbaiki.