Pembaharuan semula pusat perniagaan di bandar Marang Terengganu/

Tujuan utama kajian ini dijalankan ialah untuk mengkaji setiap permasalahan yang timbul di pusat perniagaan Bandar Marang ini,kemudian menyelesaikannya melalui cadangan pembaharuan semula nanti. Seperti kebanyakkan bandar bandar yang lain, Bandar Marang yang dipilih ini tersedia denganmasalah-masala...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 440078 Faizah Jaafar
Format:
Subjects:
Description
Summary:Tujuan utama kajian ini dijalankan ialah untuk mengkaji setiap permasalahan yang timbul di pusat perniagaan Bandar Marang ini,kemudian menyelesaikannya melalui cadangan pembaharuan semula nanti. Seperti kebanyakkan bandar bandar yang lain, Bandar Marang yang dipilih ini tersedia denganmasalah-masalah tertentu samada disegi fizikal, sosial atau ekonomi. Masalah-masalah ini wujud adalah disebabkan oleh kesan perkembangan bandar dan pertambahan penduduk. Didalam konteks Bandar Marang ini, kajian lebih memberatkan aspek fizikal. Kesan dari perkembangan bandar dan pertambahan penduduk menyebabkan berlakunya keusangan bangunan-bangunan, kedudukan elemen-elemen yang tidak bersesuaian diantara sata sama lain, perkhidmatan kemudahan yang tidak mencukupi, kesesakan, kekotoran dan lain-lain masalah lagi. Masalah-masalah ini juga sedikit sebanyak dihadapi oleh bandar ini. Masalah semasa yang dihadapi oleh bandar ini diantaranya ialah keusangan bangunan terutamnya rumah kedai, kesesakan kawasan perumahan, tiada kemudahan tempat letak kereta, kesesakan jalan utama, tiada ruang yang cukup untuk taman permainan, masalah sistem saliran, pembuangan sampah sarap yang tidak teratur, kurangnya pokok-pokok hijau dan keadaan lanskap yang tidak elok serta permasalahan pengangkutan awam. Masalah-masalah ini akan cuba diatasi melalui program pembaharuan semula nanti. Pusat perniagaan ini juga mempunyai potensi untuk menjadi sebuah pusat perniagaan yang maju. Ini berdasarkan kepada rancangan-rancangan masa depan yang banyak tertumpu di sekitar dan berhampiran dengan daerah Marang ini. Contohnya ialah pembinaan pelabuhan baru di Chendering, cadangan padang golf, kolam renang dan taman-taman perumahan di Marang. Faktor-faktor ini juga diambil kira didalam cadangan nanti untuk memberikan kemudahan-kemudahan kepada generasi akan datang yang semakin bertambah.