Kajian perkembangan dan masaalah pembangunan kampong Manjoi, Ipoh, Perak/
Masaalah perkembangan pembangunan kampung-kampung pinggir bandar akan bertambah besar sekiranya tiada usaha-usaha tertentu dijalankan. Ini adalah kerana walaupun keadaan fisikalnya masih berbentuk perkampungan tetapi corak masyarakatnya lebih dipengaruhi oleh keadaan kebandaran. Sebagai kampung ping...
Autor principal: | |
---|---|
Format: | |
Matèries: |
Sumari: | Masaalah perkembangan pembangunan kampung-kampung pinggir bandar akan bertambah besar sekiranya tiada usaha-usaha tertentu dijalankan. Ini adalah kerana walaupun keadaan fisikalnya masih berbentuk perkampungan tetapi corak masyarakatnya lebih dipengaruhi oleh keadaan kebandaran. Sebagai kampung pinggir bandar, Kampung Manjoi menghadapi keadaan ini dengan lebih jelas kerana perletakannya hanya 2 batu dari pusat bandar Ipoh. Keadaan pembangunannya dipengaruhi oleh faktur lokasi dan kesan dari kawasan simpanan Melayu yang diberikan, tetapi faktur yang lebih penting adalah kerana tiadanya perancangan yang dijalankan dalam kawasan. Ini membuatkan kadar pertumbuhan rumah sewa meningkat dengan tinggi dan mengujudkan keadaan kehidupan penduduk yang kurang selesa. Pentadbiran juga memainkan peranan penting dalam menentukan perkembangan kampung; setakat ini kuasa pentadbir kampung adalah terhad terutama untuk mengatasi masaalah pertambahan penduduk yang begitu tinggi. Strategi yang dikemukakan adalah dengan mengadakan pertingkatan kepada pembangunan kampung disamping mengubahsuai corak pentadbirannya selara8 dengan usaha menjadikan Kampung Manjoi sebagai sebuah perkampungan tradisional; sebagai satu contoh kempung berbentuk ini dalam kawasan bandar Ipoh. |
---|