Cadangan pelan pembangunan semula Kampong Baru, Kuala Lumpur/

Sejak sepuluh tahun yang lalu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah membangun dengan begitu pesat. Didalam proses pembangunan tersebut, terdapat sesuatu yang nyata telah diabaikan yang boleh merosakkan dan menghalang pencapaian ke matlamat imej kosmopolitan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Ini...

Descrición completa

Detalles Bibliográficos
Autor Principal: 390976 Mohamed Meranun
Formato:
Publicado: Kuala Lumpur : UTM, 1985
Subjects:
Descripción
Summary:Sejak sepuluh tahun yang lalu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah membangun dengan begitu pesat. Didalam proses pembangunan tersebut, terdapat sesuatu yang nyata telah diabaikan yang boleh merosakkan dan menghalang pencapaian ke matlamat imej kosmopolitan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Ini adalah tentang terdapatnya Kawasan-Kawasan Simpanan Melayu yang boleh dikatakan mundur dan lembab pembangunannya, serta mempunyai kemudahan dan keselesaan bandar yang rendah mutunya. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dengan lebih mendalam tentang masalah dan potensi Kawasan Simpanan Melayu dengan mengambil Kampong Baru sebagai kawasan kajian. Pemilihan ini dibuat memandangkan kedudukannya yang terletak di dalam Kawasan Perancangan Pusat dan mempunyai potensi paling tinggi untuk dimajukan berbanding dengan lain-lain Kawasan Simpanan Melayu Di Wilayah Persekutuan. Melalui kajian ini akan dikemukakan satu pendekatan untuk membangunkan semula kawasan ini. Pendekatan yang bersifat menyeluruh ini dikenali sebagai Pelan Pembangunan Semula Kampong Baru. Pelan ini akan menyediakan satu pelan gunatanah baru dengan rangka taburan luas lantai dan garispanduan pembangunan. Garispanduan ini akan memandu dan mengawal pembangunan yang akan dijalankan oleh pihak persendirian dikawasan ini. Selain dari itu, digariskan juga beberapa strategi pembangunan yang perlu dilaksanakan bagi memastikan pencapaian matlamat membangunkan semula kawasan Kampong Baru ini.