Summary: | Perkembangan pembangunan yang pesat masa kini telah melahirkan banyak bandar yang tanpa memikirkan nilai-nilai visual dan ciri-ciri " inhuman". Tiruan-rtiruan asing dalam rekabentuk, tidak sesuai dalam konteks tempatan dan teknologi-teknologi moden yang tidak ditapis telah memusnahkan fabrik bandar dan melahirkan bandar-bandar yang tidak berciri dan beridentiti. pembentukan sesebuah ruang bandar yang baik adalah wujud dari faktor keseleseaan, keselamatan, responsif dan beridentiti. Malah jika diperhatikan ada tanda-tanda yang menunjukkan kualiti ketempatan atau ciri-ciri yang menunjukkan perbezaan di dantara satu bandar dengan bandar yang lain kian luput. Relph (1980) menistilahkan ciri ini sebagai " ketidaktempatan" (placelessness). Langkah-langkah penting membentuk ciri-ciri sebuah bandar iaitu dengan memelihara, mengawasi dan membentuk ciri-ciri tersebut dalam konteks tempatan. Oleh itu tujuan kajian ini adalah untuk mewujudkan polisi-polisi visual dan garis panduan pembangunan bagi persekitan fizikal bandar Kota Bharu yang meliputi seluas 119 hektar. Tapak ini dipilih berdasarkan beberapa pemasalahan timbul akibat dari perkembangan babdar dan selaras dengan hasrat kerajaan negara ynang inginmewujudkan imej Kota Budaya kepada bandar tersebut. Kajian-kajian merangkumi sejarah penempatan, kualiti visual dari bentuk dan rupa bandar, warisan senibina dan juga pengaruh rancangan struktur. Dari kajian-kajian yang dijalankan bukan sahaja melibatkan kepada keseluruhan tapak tetapi kepada ruang-ruang tertentu khas bagi tempat tumpuan awam dan juga zon Budaya yang telah dikenalpasti dalam daraf rancangan tempatan. terdapat beberapa perkara penting dapat dirumuskan berkaitan dengan ciri-ciri fizikal tempatan bagi Kota Budaya. Di antaranya ialah keadaan keseluruhan bentuk dan ciri-ciri bandar ini masih boleh dikawal dari segi kepadatan, ketinggian dan bentuk keseluruhannya walaupun keadaan semasa menunjukkan pembangunan semasa agak sederhana ditunjukkan dari perubahan " skyline". oleh bangunan-bangunan tinggi dan pembangunan semula secara "infilling". Dalam kajian ruang pula terdapat sumber-sumber yang tidak dieksploitasikan sebagai penyokong peningkatan ciri-ciri dan kerekter senibina tempatan, bangunan-bangunan yang memiliki kerekter senibina tempatan, bangunan-bangunan yang berfungsi sebagai garis panduan visual tapak dan mempunyai kriteria warisan senibina. pihak berkuasa tempatan pula mengawal dari segi kerekter dan fasad kawasan perkedaian tradisi dan mengekalkan kawasan kegunaan khas. Pengaruh dari rancangan struktur pula terdapat langkah-langkah positif yang dapat membantu dalam peningkatan ciri-ciri ini dan ingin menjadikan kawasan kajian sebagai pusat pertumbuhan utama serta berperanan sebagai pusat pentadbiran, perdagangan dan kebudayaan. Adalah diharapkan ia akan memberi sumbangan yang besar terhadap rekabentuk bandar keseluruhannya ke arah peningkatan ciri-ciri tempatan di samping pembentukkan persekitaran yang resposnsif, kualiti dari segi astetik, beridentiti dan memenuhi fungsinya sebagai sebuah bandar.
|