Kajian perkampungan tentera dengan rujukan kepada Kem Desa Pahlawan, Kelantan /

Pada mulanya semua penempatan manusia merupakan perkampongan tentera kerana pada awal tamaddun manusia tugas ketenteraan adalah tanggungjawab seluruh rakyat. Setelah berlaku pengkhususan aktiviti penghidupan dengan tanggong jawab seluruh rakyat. Setelah berlaku pengkhususan aktiviti penghidupan deng...

Full beskrivning

Bibliografiska uppgifter
Huvudupphovsman: Mohd. Zain Hamzah, 1938-
Materialtyp:
Ämnen:
Beskrivning
Sammanfattning:Pada mulanya semua penempatan manusia merupakan perkampongan tentera kerana pada awal tamaddun manusia tugas ketenteraan adalah tanggungjawab seluruh rakyat. Setelah berlaku pengkhususan aktiviti penghidupan dengan tanggong jawab seluruh rakyat. Setelah berlaku pengkhususan aktiviti penghidupan dengan tanggong jawab pertahanan dan keselamatan diserahkan kepada pasukan tentera barulah timbul perkampungan-perkampungan tentera. Perancangan dan pembinaan perkampungan tentera ini dipengaruhi olih faktur-faktur strategik pertahanan dan keselamatan. Tanggong jawab anggota tentera amat berat, olih setiap anggota tentera dikehendaki mempunyai taraf disiplin dan moral yang tinggi, cergas, lasak dan cekap dalam segala selok belok peperangan. Dalam perlaksanaan membentuk satu angkatan tentera yang bolih mempertahankan kedaulatan negara, anggota tentera terpaksa menempuhi satu cara hidup yang lebih keras jika dibandingkan dengan cara hidup awam. Aspek-aspek ini mempengaruhi bentuk perancangan dan senibina perkampungan tentera sehingga terbentuk satu keadaannya yang tersendiri. Walau bagaimana pun anggota tentera dan keluarga mereka sebagai manusia biasa perlukan kebebasan dan kemudahan asas seperti mana yang terdapat pada penempatanpenempatan awam. Atas dasar ini maka reka bentuk perkampungan tentera selain dipengaruhi olih faktur strategik pertahanan dan keselamatan, juga dipengaruhi olih faktutur biasa lain seperti ekonomi, sosial dan keadaan alam sekitar. Dalam merancang penempatan manusia terdapat beberapa konsep, bentuk dan jenis perancangan seperti konsep perjiranan, bandar berjejari, 'garden city' dan lain-lain. Penggunaan konsep-konsep ini bagi mendapat bentuk penempatan yang ekonomikal, dapat menjalin hubungan sosial diantara individu atau mendapat keadaan alam sekitar yang baik . Kajian ini akan cuba merumuskan konsep perancangan dan senibina sebuah perkampungan tentera yang bolih memenuhi kehendaki ketenteraan dan sosial. Rekabentuk perkampungan tentera dirancang dan dibina untuk mendapatkan takat keselamatan yang tinggi. Ini perlu kerana perkampungan tentera menjadi sasaran utama musuh dan menggelak penyusupan pengintip rahsia. Perkampungan tentera adalah kawasan alarangan kepada orang awam. Kawalan keselamatan yang ketat menyekat hubungan diantara penduduk perkampungan tentera dengan penduduk awam yang tinggal di kawasan sekitar. Perkampungan tentera adalah kawasan penempatan anggota tentera beserta dengan ahli keluarga mereka. Jadi ianya buka sahaja tempat latihan dan persediaan ketenteraan tetapi juga sebagai 'habita' - tempat membesar keluarga dan mencari kesejahteraan hidup.