Summary: | Di negara kita Malaysia, pada beberapa tahun yang lampau, pengetahuan orang ramai mengenai peta amat berkurangan. Hal ini terjadi kerana kurangnya ahli-ahli geografi yang berpengalaman dan pengetahuan orang ramai mengenai peta dan ilmu alam masih meleset. Untuk tujuan pembangunan, peta-peta, samada peta-peta rupabumi ataupun peta-peta tematik diperlukan untuk kegunaan dalam perancangan negara, pentadbiran, kajian-kajian sain, ketenteraan, pendidikan dan sebagainya. Memandangkan peri mustahaknya peta-peta untuk tujuan pembangunan, maka, atlas adalah salah satu daripada siri-siri peta yang telah dikumpulkan, dijilid untuk dijadikan dalam bentuk sebuah buku yang dapat mengatasi masalah ini. Dissertasi ini ditulis sebagai peninjauan tentang pentingnya sebuah atlas untuk pembangunan negara dengan mengkaji ciri-ciri yang terdapat didalamnya. Penekanan juga dibuat dengan memikirkan masalah-masaalah dalam penerbitan atlas, masalah-masaalah dikalangan pengguna dan penerbitan dan terakhir sekali peninjauan dibuat tentang penyesuaian atlas-atlas dengan keadaan semasanya di Malaysia.
|