Pembaikan kawasan peranginan Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu/

Pada masa ini, aktiviti rekreasi menjadi begitu penting tetapi perhatian yang diberi oleh kerajaan Tempatan Negeri Trengganu keatas tempat rekreasi adalah amat kurang sekali contohnya di kawasan peranginan Pantai Batu Buruk. Dikawasan ini pembaziran tanah timbul akibat dari perancangan yang tidak me...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 453810 Tan, Lee Boey
Format:
Subjects:
Description
Summary:Pada masa ini, aktiviti rekreasi menjadi begitu penting tetapi perhatian yang diberi oleh kerajaan Tempatan Negeri Trengganu keatas tempat rekreasi adalah amat kurang sekali contohnya di kawasan peranginan Pantai Batu Buruk. Dikawasan ini pembaziran tanah timbul akibat dari perancangan yang tidak menyeluruh. Ini telah menghasilkan masalah-masalah seperti kekurangan kemudahan, konflik antara gunatanah dan kurangnya pengunjung di masa yang tertentu. Oleh itu, pembaikan adalah perlu bagi kawasan peranginan ini supaya masalah-masalah di atas dapat diatasi. Jenis aktiviti-aktiviti yang dicadangkan adalah berdasarkan kepada permintaan pengunjung. Diperingkat cadangan, perletakan kawasan aktiviti-aktiviti adalah berdasarkan kepada kesesuaian (compatibility) supaya konflik antara gunatanah tidak akan timbul dan ini akan menjamin keselesaan dan keselamatan pengunjung. Segala aspek pengurusan adaslah menjadi tanggungjawab Majlis Bandaran Kuala Trengganu dan sebuah yunit khas akan ditubuhkan untuk menjaga kawasan peranginan ini agar kawasan ini sentiasa bersih dan terpelihara.