Summary: | Selepas keputusan peperiksaan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) diumumkan, pihak sekolah bertanggungjawab untuk menganalisis keputusan murid-murid. Kebanyakan sekolah melakukan tugas ini secara manual. Projek Sarjana Muda ini meninjau bagaimana tugas analisis tersebut dijalankan secara manual dan berdasarkan hasil tinjauan, suatu sistem maklumat berkomputer telah direkabentuk dan dibangunkan bagi membantu pihak sekolah menganalisis keputusan SPM murid-murid. Sistem maklumat ini diberi nama Sistem Analisis SPM dan direkabentuk bedasarkan teori pangkalan data hubungan dan konsep pengantaramuka penggunaan begrafik, dan dibina dengan menggunakan sistem pembangunan aplikasi FoxPro 2.5 untuk Windows. Pengguna sistem ini boleh menganalisis keputusan SPM untuk satu hingga lima tahun; dari aspek kegagalan calon, pangkat, kesemua mata pelajaran, satu mata pelajaran, kategori gred dan gred. Hasil analisis akan dipersembahkan dalam dua bentuk, iaitu jadual dan graf; yang boleh dipaparkan di skrin monitor atau dicetak dengan menggunakan pencetak.
|