Pengajian kesan perubahan suhu dan kepekatan larutan kanji sagu terhadap penghasilan sirap glukosa dengan penggunaan enzim-enzim /

Produk penghidrolisisan kanji (SHP) bernilai dekstrosa kesamaan (DE) rendah dan tinggi dapat diperolehi daripada kanji sagu dengan penghidrolisan menggunakan enzim-enzim pada kepekatan dan suhu yang optimal. Kanji dalam keadaan larutan dicecairkan oleh enzim Termamyl LS ( amilase) dan seterusnya dih...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 387093 Teng, Chee Kin
Format:
Published: Kuala Lumpur : UTM, 1994
Subjects:
Description
Summary:Produk penghidrolisisan kanji (SHP) bernilai dekstrosa kesamaan (DE) rendah dan tinggi dapat diperolehi daripada kanji sagu dengan penghidrolisan menggunakan enzim-enzim pada kepekatan dan suhu yang optimal. Kanji dalam keadaan larutan dicecairkan oleh enzim Termamyl LS ( amilase) dan seterusnya dihidrolisiskan oleh AMG (amiloglukosidase Novo).Tujuan utama ujikaji ini dijalankan adalah untuk mengkaji kesan perubahan suhu dan kepekatan larutan kanji keatas penghidrolisisan kanji dengan menggunakan enzim-enzim.Daripada keputusan ujikaji-ujikaji, didapati bahawa produk bernilai DE setinggi 94 diperolehi daripada 29% kepekatan larutan kanji (peratus pepejal kering) pada suhu 105'C.Ujikaji-ujikaji penghidrolisisan peringkat pertama dijalankan pada 29% kepekatan larutan kanji pada suhu yang berlainan, iaitu 95'C. 100'C dan 105'C. Selain daripada itu, ujikaji-ujikaji penghidrolisisan peringkat kedua dilakukan pada kepekatan larutan kanji yang berlainan (29%, 34%,24% dan 39%) pada suhu 100'C.