Résumé: | Pakej PERMAINAN MENEKA AYAT ini dibina dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan Turbo Pascal versi 4.0. Komputer yang digunakan ialah jenis IBM PC yang mempunyai kad grafik GCA. Idea asas di sebalik permainan ini berdasarkan kepada permainan "HNAGMAN". Sekurang-kurangnya dua orang pemain diperlukan untuk bermain dalam permainan ini. Pemain dikehendaki meneka huruf-huruf yang membentuk satu ayat tertentu yang dipilih secara rawak oleh program komputer dari stor ayat nya. Huruf-huruf yang membentuk ayat tersebut diwakilkan dengan garisan. pada mulanya pemain diberi peluang sebanyak tiga kali dalam satu-satu permainan. Apabila semua maklumat yang berkenaan dengan permainan itu dipamirkan pada skrin komputer, pemain boleh mula meneka huruf-huruf yang membentuk ayat tersebut satu demi satu. Apabila huruf yang diteka itu betul, maka kesemua huruf tersebut akan dicetak pada kedudukannya, jika ayat tersebut mengandungi lebih dari satu huruf berkenaan. Pemain hanya dapat mengetahuikandungan ayat tersebut, jika ia berjaya meneka kesemua huruf-huruf yang ada dalam ayat. Jika tekaan itu salah, bilangan denda akan bertambah sebanyak satu dan bola yang dipamirkan akan bergerak masuk ke dalam kotak. Denda maksima ialah lima. Bermakna pemain hanya boleh membuat kesalahan sebanyak lima kali sahaja. Jika pemain gagal meneka ayat, peluang yang diberikan akan berkurang sebanyak satu. Markah bagi tiap-tiap pemain akan diberikan berdasarkan kepada bilangan kesalahan yang dilakukan. oleh itu setiap pemain pasti akan memndapat markah yang berbeza, walaupun masing-masing berjaya meneka. Pemain boleh meneruskan permainan selagi peluang masih ada. Selain daripada itu kemudahan untuk suntingan ayat juga disediakan. pemain boleh menghapus dan menambah ayat-ayat dalam fail jika difikirkan perlu. Pemain juga boleh membuka fail bagu sebagai tambahan kepada fail yang sudah ada. Kemudahan ini disediakan supaya pemain boleh menukar dan menyimpan ayat-ayat mengikut selera dan taraf pemikiran masing-masing.
|