Perbadanan Pembangunan Bandar : penubuhan dan transaksi kontrek pembinaan projek-projek pembangunannya/

Tujuan utama kertas projek ini ialah untuk memperkenalkan dengan lebih dekat sebuah organisasi separuh kerajaan yang melaksanakan projek-projek pembangunan bandar diseluruh negara. Didalam kertas projek ini Bab I merupakan bab pendahuluan yang menerangkan bidang kajian, sekop, objektif serta cara-ca...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 457751 Maziah Ismail
Format:
Subjects:
Description
Summary:Tujuan utama kertas projek ini ialah untuk memperkenalkan dengan lebih dekat sebuah organisasi separuh kerajaan yang melaksanakan projek-projek pembangunan bandar diseluruh negara. Didalam kertas projek ini Bab I merupakan bab pendahuluan yang menerangkan bidang kajian, sekop, objektif serta cara-cara bagaimana kertas projek ini disediakan. Bab II pula memaparkan perkembangan penubuhan Perbadanan Pembangunan Bandar dan strukturnya yang ditubuhkan dibawah AKTA PERBADANAN PEMBANGUNAN BANDAR 1971, serta bidang kuasanya dalam menjalankan aktiviti-aktiviti yang telah diamanahkan kepadanya. Bab ini juga memaparkan tujuan dan matlamat penubuhan perbadanan dan peranannya dalam ekonomi negara terutama dalam mempercepatkan Dasar Ekonomi Baru dengan berlandaskan beberapa fungsi tertentu yang telah tercatit dalam Akta Perbadanan Pembangunan Bandar 1971. Manakala itu Bab III pula memaparkan perlaksanaan berbagai projek oleh Perbadanan misalnya projek-projek perumahan, kompleks-kompleks membeli belah, pejabat dan sebagainya, pembiayaan projek-projek sedemikian serta kedudukan kewangan perbadanan. Seterusnya didalam Bab IV dibentangkan perkara berkaitan dengan kontrek pembinaan iaitu perkara yang menjadi aspek utama penulisan kertas projek ini, sebab didalam pelaksanaan setiap rancangan pembangunan pasti akan melibatkan transaksi kontrek diantara perbadanan yang melaksanakan rancangan itu dengan pihak kedua terutama pihak persendirian. Seterusnya dalam bab ini diterangkan penglibatan pihak swasta dengan pelaksanaan projek-projek pembangunan UDA iaitu pihak kontrekter pembinaan. Didalam bab ini juga akan diterangkan berkenaan proses pendaftaran kontraktor dengan UDA dalam pembentukan satu kontrak serta jenis-jenis, kebaikan dan keburukan kontrak pembinaan yang diberikan oleh UDA. Didalam Bab V pula seterusnya dibincangkan berkenaan tender. Tender adalah satu proses yang rumit dan menimbulkan banyak persoalan. Ia adalah perlu sebelum mewujudkan satu kontrak sebab hanya dengan jalan ini majikan iaitu perbadanan akan dapat menerima kontraktor yang betul-betul layak untuk melaksanakan projek yang dirancangkan. Penentuan ini amatlah perlu untuk mengelakan segala sesuatu projek itu daripada tergendala yang mana amat merugikan semua pihak. Didalam Bab V ini juga menerangkan perkara terakhir yang mana menjadi pokok penulisan kertas projek ini iaitu berkenaan syarat-syarat kontrak pembinaan yang digunakan dalam kontrak antara perbadanan dan kontraktor. Syarat-syarat inilah yang menentukan segala tanggungan kedua-dua pihak dan syarat-syarat inilah juga yang akan menimbulkan persoalan-persoalan yang perlu diatasi demi untuk melicinkan pelaksanaan projek tersebut.Seterusnya dalam bab terakhir iaitu Bab VI akan mengandungi kesimpulan serta penutup bagi kertas projek ini.