Sistem maklumat pengurusan cawangan pemeriksaan akaun Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Johor Bahru /

Cawangan pemeriksaan Akaun merupakan sebuah unit yang tidubuhkan bagi menjalankan tugas-tugas pencegahan keatas sebarang penyelewengan perdagangan (commercial fraud) yang dilakukan oleh pengilang-pengilang barangan yang tertakluk Akta Cukai Jualan dan Akta Eksais serta perniagaan-perniagaan yang dij...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 297968 Azmi Shahid
Format:
Published: Kuala Lumpur : Universiti Teknologi Malaysia, 1993
Subjects:
Description
Summary:Cawangan pemeriksaan Akaun merupakan sebuah unit yang tidubuhkan bagi menjalankan tugas-tugas pencegahan keatas sebarang penyelewengan perdagangan (commercial fraud) yang dilakukan oleh pengilang-pengilang barangan yang tertakluk Akta Cukai Jualan dan Akta Eksais serta perniagaan-perniagaan yang dijalankan di tempat yang ditetapkan di bawah Akta Cukai perkhidmatan seperti hotel-hotel dan tempat-tempat hiburan. Dengan cawangan yang baru diujudkan secara hakiki pada bulan Januari 1992 yang lalu dan dengan keupayaan hanya lapan orang pegawai, suatu kaedah bagi mempertingkatkan kecekapan pemerikasaan dankeberkesanan objektif jabatan perlulah dilaksanakan.Hasil kajian yang dijalankan keatas sistem yang diamalkan sekarang, keupayaan Cawangan tidaklah begitu membanggakan berbanding dengan pertambahan pesat industri-industri di negara ini, dimana distesyen Johor Bahru sahaja jumlahpengilang yang telah dilesenkan tidak kurang dari 4,000 buah. Untuk mencapai objektif Jabatan, adalah amat wajar satu sistem yang lebih sistematik yang dapat mempertingkatkan keupayaan Cawangan ini dibangunkan.Walaupun 'Sistem Maklumat Pengurusan Cawangan Pemeriksaan Akaun' ini dibangunkan khusus untuk mengendalikan maklumat pemeriksaan akaun bagi pelesen-pelesen di Cawangan Cukai Jualan, namun ianya mampu diperluaskan penggunaannya kepada pelesen-pelesen di cawangan Cukai Perkhidmatan dan Cawangan Eksaisdengan hanya sedikit pengubahsuaian.