Sistem pakar penasihatan akademik FSKSM, UTM /

Sistem Penasihatan Akademik yang diwujudkan di universiti-universiti bertujuan untuk menyediakan satu saluran perhubungan yang berkesan di antara pelajar dan kakitangan akademik. Seiring dengan perkembangan teknologi komputer yang semakin canggih, satu sistem pakar yang dinamakan "Sistem Pakar...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 317705 Zarina Hussin
Format:
Published: Kuala Lumpur : UTM, 1994
Subjects:
Description
Summary:Sistem Penasihatan Akademik yang diwujudkan di universiti-universiti bertujuan untuk menyediakan satu saluran perhubungan yang berkesan di antara pelajar dan kakitangan akademik. Seiring dengan perkembangan teknologi komputer yang semakin canggih, satu sistem pakar yang dinamakan "Sistem Pakar Penasihatan Akademik FSKSM, UTM" telah dibangunkan untuk meniru kepakaran penasihatan oleh Penasihat Akademik.Sistem Pakar ini akan menumpukan kepada penyelesaian masalah dari segi akademik berdasarkan kepada sistem akademik di Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat, Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur. Pengguna utama sistem ini ialah pelajar dari tahun empat dan tahun lima, FSKSM, UTM serta pensyarah yang terlibat dalam Sistem Penasihatan Akademik.Perwakilan pengetahuan yang digunakan ialah perwakilan berasaskan struktur kerangka yang terdiri daripada sisti aluran dan nilai aluran. Pengimplementasian sistem ini adalah menggunakan pengaturcaraan berorientasikan objek. bahasa yang dipilih ialah Borland C++ vsersi 3.1 dengan persekitaran DOS.