Summary: | Sistem Pendaftaran Saham Mikro KU(SPSMKU) adalah satu sistem perisian yang direka menurut dasar Pasaran Saham Kuala Lumpur (PSKL) dan Akta Syarikat 1965 untuk memproses urusniaga-urusniaga pendaftaran saham bagi syarikat-syarikat yang tersenarai di PSKL. Sistem SPSMKU yang ada telah digunakan selama lebih daripada 10 tahun di Komputer Usaha Sdn. Bhd. (KUSB) sebagai satu perkhidmatan kepada agensi-agensi pendaftaran saham. Setakat ini ia cuma boleh dikendalikan pada mesin IBM Sistem/36. Masalah yang dikenalpasti ialah mesin IBM Sistem/36 ini telah kuno bagi pasaran, kelajuan dan keupayaan pemprosesannya tidak lagi mencukupi untuk menampung ciri-ciri pemprosesan yang baru dan ebeban kerja yang betambah, tidak berorientasikan pangkalan data dan bukan sistem terbuka. Keadaan ini telah membantutkan perkembangan perkhidmatan pendaftaran saham KUSB. Projek ini betujuan menyelesaikan masalah tersebut dengan membangunakan satu sistem SPSMKU baru dengan rekabentuk yang mampu memenuhi permintaan tersebut dan dilarikan pada persekitaran Unix SCO. Memandangkan Unix AIX serasi dengan Unix SCO, sistem baru telah dibangunkan mengguna bahasa Informix-4GL pada persekitaran Unix AIX, mesin IBM Risc System/6000 di fakulti Sains Komputer Dan Sistem Maklumat, Universiti Teknologi Malaysia dan kemudiannya ia dikendalikan pada persekitaran Unix SCO, pelayan 386DX di KUSB. Ciri-ciri sistem yang baru ini adalah ramah-pengguna, mudah digunakan, pentadbiran sistem yang mudah, persembahan tinggi, berorientasikan pangkalan data hubungan, pemprosesan fail cekap, dilarikan dalam persekitaran bebilang pengguna, sistem terbuka, dan kawalan keselamatanyang lebih berpusat dan terjamin.
|