Summary: | Projek ini merupakan kajian, bagaimana suatu matapelajaran itu diagihkan kepada pensyarah-pensyarah di Fakulti Sains Komputer Dan Sistem maklumat (FSKSM), Universiti Teknologi Malaysia. kerja-kerja pengagihan ini merupakan tugas ketua-ketua jabatan dimana mereka bertanggungjawab sepenuhnya didalam pengagihan dan perlaksanaannya. Biasanya mereka melakukan kerja agihan ini berdasarkan kepada konsep pengiraan beban kerja dan pengalaman seseorang pensyarah terhadap matepelajaran tersebut.Bagi mengkomputerisasikan Sistem Agihan Kerja Pensyarah ini, tiga(#) modul utama yang terlibat adalah Modul Maklumat, Modul Agihan Tugas dan Modul Nilaian Prestasi. Walau bagaimana, laporan ini lebih menumpukan kepada Modul Agihan Tugas di mana segala maklumat yang dimasukkan secara interaktif dan yang disalurkan dari Modul Maklumat dakan dipecahkan kepada tiga (3) kategori.Matanilaian akan didapati dari pemjumlahan setiap kategori tersebut. Seterusnya, perbandingan (dari jumlah matanilaian) akan dilakukan kepada pensyarah-pensyarah bagi mencari mereka yang benar-benar berkelayakan untuk ditugaskan mengajar. Cadangan membangunkan sistem bagi Modul Agihan ini adalah dengan menggunakan perisian Foxpro versi 2.5 pada persekitaran 'Windows' versi 3.1.
|