Sistem pakar penjadualan aktiviti /

Ini adalah kertas laporan bagi Projek Sarjana Muda. Sistem yang dicadangkan adalah Sistem Pakar Penjadualan Aktiviti (SPA). SPA merupakan satu sub-sistem bagi Sistem Bantuan Keputusan Pusat Latihan. Pusat Latihan yang dikaji merupakan Institut latihan Pengembangan Pertanian (ILPP) di Serdang. Tujuan...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 329452 Wong, Chet Chan
Format:
Published: Kuala Lumpur : UTM, 1994
Subjects:
Description
Summary:Ini adalah kertas laporan bagi Projek Sarjana Muda. Sistem yang dicadangkan adalah Sistem Pakar Penjadualan Aktiviti (SPA). SPA merupakan satu sub-sistem bagi Sistem Bantuan Keputusan Pusat Latihan. Pusat Latihan yang dikaji merupakan Institut latihan Pengembangan Pertanian (ILPP) di Serdang. Tujuan istem ini dibangunkan adalah untuk mengautomatkan prosedur dan proses penjadualan aktiviti-aktiviti di dalam ILPP. SPA akan digunakan oleh kakitangan ILPP. SPA bukan sahaja dapat menyelesaikan masalah penjadualan, malah mengatasi masalah pengumpukan sumber, pembajagian tugas pekerja,pengiraan bayaran dan penjanaan laporan kepada pihak pengurusan.Secara amnya, SPA terdiri daripada lima komponen yang utama iaitu antaramuka pengguna, inference engine, knowledge base, antaramuka pangkalan data dan pengkalan data. SPA juga boleh dibahagikan kepada dua persekitaran yang berbeza iaitu persekitaran ART-IM dan persekitaran Clarion. Di antara 5 komponen tersebut, inference engine dan knowledge base adalah kmoponen utama dalam ART-IM manakala pangkalan data adalah didalam persekitaran Clarion.Dua peraltan yag digunakan untuk membangunkan SPA adalah ART-IM dan Clarion.ART-IM digunakan untuk membangunkan satu sistem pakar untuk menyelesaikan masalah penjadualan. Clarion digunakan untuk membangunkan satu pangkalan data untuk menyimpan semua maklumat didalam ILPP.