Kad pintar pelbagai kegunaan : modul sistem pilihanraya Majlis Perwakilan Pelajar /

Kad pintar akan digunakan di dalam kampus UTM sebagai menggantikan kad matrik yang digunakan sekarang. Ini merupakan satu langkah permulaan bagi mengkomputerkan semua sistem di UTM. Kad pintar yang dicadangkan ini merupakan kadpelbagai kegunaan yang mana ia bukan saja sebagai kad pengenalan pelajar...

Повний опис

Бібліографічні деталі
Автор: 326312 Lee, Gim Chuan
Формат:
Опубліковано: Kuala Lumpur : UTM, 1994
Предмети:
Опис
Резюме:Kad pintar akan digunakan di dalam kampus UTM sebagai menggantikan kad matrik yang digunakan sekarang. Ini merupakan satu langkah permulaan bagi mengkomputerkan semua sistem di UTM. Kad pintar yang dicadangkan ini merupakan kadpelbagai kegunaan yang mana ia bukan saja sebagai kad pengenalan pelajar malah dengan kad yang sama ia boleh juga digunakan untuk tujuan lain seperti dalam proses pilihanraya, pembelian barangan, pendaftaran matapelajaran, kawalan keselamatan pintu dan lain-lain lagi. Projek ini adalah membangunkan aplikasi sistem Pilihanraya Majlis Perwakilan pelajar UTM yang boleh menggunakan kad pintar sebagai antaramuka. Kad pintar diguna sebagai input yang utama dalam sistem ini, memandangkan ia mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tinggi dan berkeupayaan untuk menyimpan data yang lebih berbanding dengn kad biasa. dalam sistem pilihanraya penggunaan kad ini ia akan mengelakkan dari berlakunya penyelewengan. sebab paling penting sekali mengapa kad pintar digunakan dalam sistem ini ialah, kad iniakan digunakan sebagai penganti kepada kad matrik pelajar pada masa yang akan datang. Kajian yang dijalankan termasuklah pengantaramukaan pengkalan data dengankad pintar serta fungsi-fungsi protokol antara komputer dengan kad pintar.Di samping itu kajian mengenai proses peribadi kad pintar juga dilakukan bagi mendalami kendalian kad pintar. Akhirnya berasaskan kepada keseluruhan kajian yang dijalankan maka satu aplikasi sistem pilihanraya dibangunkan.