Satu kajian ke atas perancangan dan pembangunan bandar satelit Senawang/

Pembangunan di kawasan Senawang boleh dikatakan telah wujud hasil dari daya usaha yang ditumpukan oleh Kerajaan Negeri Sembilan terhadapnya. Berbagai-bagai usaha telah dijalankan oleh pihak Kerajaan Negeri seperti mengujudkan Bandar Satelit Senawang. Ia ditubuhkan untuk memberi kemudahan tempat ting...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 445002 Ufridah Haji
Format:
Published: Sekudai : UTM, 1986
Subjects:
Description
Summary:Pembangunan di kawasan Senawang boleh dikatakan telah wujud hasil dari daya usaha yang ditumpukan oleh Kerajaan Negeri Sembilan terhadapnya. Berbagai-bagai usaha telah dijalankan oleh pihak Kerajaan Negeri seperti mengujudkan Bandar Satelit Senawang. Ia ditubuhkan untuk memberi kemudahan tempat tinggal khususnya kepada pekerja kilang Kawasan Perindustrian Senawang. Pembangunannya juga diharapkan dapat dimajukan kawasan tanah Rezab Melayu Sungai Landak yang terletak beersebelahan dengannya. Maka melalui disertasi ini, penulis akan menerangkan matlamat-matlamat penubuhan Bandar Satelit Senawang ini yang hendak dicapai oleh pihak Kerajaan Negeri. Kajian juga akan dibuat untuk melihat kesan pembangunannya ke atas nilai dan kegunaan tanah di sekitarnya. Penulis juga akan membuat kajian ke atas potensi pelaburan hartanah di bandar Satelit Senawang. Ini adalah penting kerana ia merupakan sebuah bandar yang baru membangun dan mestilah mempunyai potensi pelaburan yang baik untuk menarik lebih ramai orang melabur di dalamnya dan untuk bersaing dengan bandar yang sedia ada. Penilaian juga akan dibuat keatas pencapaian Bandar Satelit Senawang pada masa kini serta masalah-masalah yang dialami di dalam proses pembangunannya. Seterusnya penulis akan mengemukakan beberpa cadangan yang difikirkan perlu untuk mengatasi masalah tersebut.