Kajian kekesanan perlaksanaan mall dalam konteks tempatan kes kajian : Melaka/

Kaedah Mall diperkenalkan atas beberapa sebab tertentu. Ia berperanan sebagai langkah untuk melicinkan pergerakan pejalankaki sehingga sebagai langkah untuk memulihkan kawasan perkedaian tradisional. Sebagai alat bertindak, Mall telah terbukti kejayaannya di negara-negara barat. Penganalisaan menunj...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 276849 Engku Md. Azmi Abdul Rahman
Format:
Published: Sekudai : UTM, 1987
Subjects:
Description
Summary:Kaedah Mall diperkenalkan atas beberapa sebab tertentu. Ia berperanan sebagai langkah untuk melicinkan pergerakan pejalankaki sehingga sebagai langkah untuk memulihkan kawasan perkedaian tradisional. Sebagai alat bertindak, Mall telah terbukti kejayaannya di negara-negara barat. Penganalisaan menunjukkan bahawa kejayaan tersebut adalah kerana interaksi rapat yang terbentuk di antara pejalankaki, aktiviti di Mall, serta persekitaran fizikalnya. Interaksi ini terjalin melalui perancangan yang memahami permasalahan sistem bandar secara keseluruhan, penyediaan kemudahan yang peka kepada keperluan pejalankaki, serta pengagihan ruang yang responsif kepada aktiviti-aktiviti yang dijalankan di Mall berkenaan. Walau bagaimanapun, di dalam konteks Malaysia, contohnya di Subang Jaya, Selangor dan Jalan Masjid India, Kuala Lumpur kesan sebaliknya dihadapi. Kegagalan tersebut boleh dikaitkan kepada dua faktor iaitu : penerimaan konsep tersebut dari sudut fizikal semata-mata dan pengabaian terhadap nilai, carahidup dan aktiviti-aktiviti tempatan. Kajian ini mengutarakan 3 prinsip perancangan yang perlu dipertimbangkan dalam konteks tempatan iaitu : Pemahaman terhadap perkaitan di antara elemen-elemen fizikal bandar; Ruang jalan sebagai ruang pelbagai fungsi dan penekanan kepada faktor assessibiliti yang mempengaruhi kepesatan aktiviti bandar. Perbezaan ini membayangkan bahawa Mall bukanlah satu kaedah yang "universal", tetapi kejayaannya adalah bergantung kepada pertimbangan faktor-faktor tempatan yang banyak mempengaruhi kegiatan aktiviti dan struktur ruang di kawasan bandar. Kesan kemungkinan yang dijangkakan kepada tapak kajian membuktikan keupayaan kaedah ini diperkenalkan di Malaysia.