Тойм: | Hutan Lipur merupakan jenis aktiviti rekreasi yang masih baru dan kurang popular berbanding dengan lain-lain tempat berlipur diari. Ia hanya diwujudkan di Malaysia pada awal tahun 1970an. Hutan Lipur bukanlah se buah kawasan yang dirancang khusus untuk berekreasi, tetapi merupakan hutan hutan simpan yang dibuka untuk kegunaan orang ramai. Walaupun begitu pihak Jabatan Hutan yang mengendalikannya di beri peluang Jabatan Hutan yagn mengendalikannya diberi peluang oleh kerajaan Negeri dalam membangunkan hutan tersebut mengikut pertimbangan mereka. Kebanyakan hutan lipur dirancang hanya dengan memasukkan kemudahan asas di samping kemudahan seperti bangku, tandas, laluan jalan kaki dan tong sampah. Di kawasan kajian iaitu Hutan Lipur Pasir Panjang, pengunjung hanya berpeluang untuk berkelah sahaja walaupun banyak peluang seperti wujudnya pantai, topografi yang baik, hutan yang indah dan sebagainya yang memungkinkan hutan lipur ini menjadi sebuah tempat rekreasi yang emnarik. Oleh itu kajian perancangan dan rekabentuk hutan lipur ini dijalnkan dengan tujuan memcadangkan rekabentuk rekreasi yang sempurna dan memberi imej hutan semulajadi yang menarik. Pada akhir kajian ini, terdapat cadasngan yang dikemukakan bagi perancangan dan rekabentuk hutan rekreasi ini keseluruhannya. peluang untuk berbagai aktiviti rekreasi juga disediakan. Adalah diharap agar perancangan dan rekabentuk yang telah dijalankan akan memberi kesan yang baik dalam memberi kemudahan untuk berlipur diri.
|