Pengekalan dan pemeliharaan suatu pendekatan ke arah mempertingkatan imej Melaka sebagai bandar pelancungan yang bersejarah/

Dari segi sejarah, Melaka berada di tempat yang teragong berbanding dengan negeri-negeri lain di Malaysia. Ia berhak mendapat perhatian istimewa sebagai sebuah bandar yang mempunyai tradisi sejarah yang unik lagi kaya dengan pusaka budaya. Seperti bandar lain, Melaka juga mengalami arus modenisas...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 225400 Daud Abd. Rahman
Format:
Published: Kuala Lumpur : UTM, 1988
Subjects:
Description
Summary:Dari segi sejarah, Melaka berada di tempat yang teragong berbanding dengan negeri-negeri lain di Malaysia. Ia berhak mendapat perhatian istimewa sebagai sebuah bandar yang mempunyai tradisi sejarah yang unik lagi kaya dengan pusaka budaya. Seperti bandar lain, Melaka juga mengalami arus modenisasi yang pesat. Pembangunan yang pesat ini seharusnya tidak merosakkan persekitaran kawasan yang bersejarah di bandar Melaka ini. Melaka terkenal dengan identitinya sebagai bandar yang bersejarah. Mengekalkan identiti sesebuah bandar itu penting kerana pembangunan yang melibatkan pendirian bangunan-bangunan yang baru tidak langsung menampakkan perbezaan antara Melaka dengan bandar-bandar yang lain. Satu daripada langkah atau program untuk meningkatkan serta mengekalkan keunikan sesebuah bandar adalah dengan memelihara bangunan-bangunan dan kawasan-kawasan yang mempunyai kelebihan dari segi senibina dan sejarahnya. Bagaimanapun, pengekalan di Malaysia menghadapi banyak masalah disebabkan banyak kelemahan sama ada dari aspek perundangan, kewangan, pengurusan dan juga kawalan pembangunan dan perancangan jika dibandingkan dengan negara-negara Barat yang lain seperti United Kingdom. Oleh itu, di dalam Latihan Ilmiah ini akan mengkaji kepentingan pengekalan dan pemeliharaan yang merupakan sebagai satu daripada pendekatan ke arah mempertingkatkan imej Melaka sebagai bandar pelancungan yang bersejarah.