Rancangan pembaikan dan pembangunan semula Kampung Pasir, Tampoi, Johor Bahru, Johor/

Perbandaran atau pembangunan bandar yang terus berkembang pesat secara langsung atau tidak, mempengaruhi kawasan sekitarnya. Di waktu yang sama, proses pembandaran mewujudkan banyak peluang pekerjaan, seterusnya menarik ramai penduduk luar berhijrah tinggal di bandar. Akibat migrasi masuk ini, par...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 453066 Syed Mohamad Syed Omar
Format:
Published: Sekudai : UTM, 1985
Subjects:
Description
Summary:Perbandaran atau pembangunan bandar yang terus berkembang pesat secara langsung atau tidak, mempengaruhi kawasan sekitarnya. Di waktu yang sama, proses pembandaran mewujudkan banyak peluang pekerjaan, seterusnya menarik ramai penduduk luar berhijrah tinggal di bandar. Akibat migrasi masuk ini, para pendatang memerlukan tempat tinggal. Dari sini wujudlah perkampungan dalam bandar berkualiti rendah. Kediaman seperti ini sering menimbulkan beberapa implikasi negatif akibat dari perancangan yang organik. Seperti bandar-bandar lain yang pesat membangun, di Johor Bahru keadaan sedemikian dapat dilihat di Kampong Pasir, Tampoi. Kampong ini terbahagi kepada kawasan kediaman dirancang dan kediaman kurang dirancang. Kedua-duanya tidak dikawal, baik dari segi pembangunan fizikal ataupun sosial. Sistem sirkulasi, kemudahan infrastruktur dan utiliti kurang memuaskan. Sistem saliran kurang baik, pembentungan dan sistem pembuangan sampah kurang sempurna serta kurangnya penjagaan terhadap kebersihan kawasan kediaman sendiri. Keadaan demikian menyebabkan merosotnya kualiti alam sekitar. Dari itu satu tindakan perlu diambil bagi membangun dan memperbaiki keadaan tersebut. Strategi pembangunan yang dipilih adalah merupakan gabungan pembaikan terhadap kawasan kediaman dirancang dan pembangunan semula kawasan kediaman kurang dirancang. Ianya diterjemahkan kepada susunatur terperinci berdasarkan konsep perancangan. Melalui strategi ini diharap tingkat pembangunan fizikal Kampong Pasir dapat diperbaiki. Secara tidak langsung akan memulihkan keadaan sosial dan ekonomi disamping meningkatkan keselesaan hidup penduduk.