Penterjemah rumi ke jawi /

Komputer kini boleh digunakan untuk membantu kita di dalam bidang persuratan. Buat masa ini, komputer sudahpun boleh berfungsi sebagai penyemak ejaan. Adalah tidak mustahil bagi kita untuk menjadikan komputer sebagai penterjemah tulisan rumi ke tulisan jawi. Laporan ini merupakan hasil kajian di dal...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 223068 Muda Ariffin
Format:
Subjects:
Description
Summary:Komputer kini boleh digunakan untuk membantu kita di dalam bidang persuratan. Buat masa ini, komputer sudahpun boleh berfungsi sebagai penyemak ejaan. Adalah tidak mustahil bagi kita untuk menjadikan komputer sebagai penterjemah tulisan rumi ke tulisan jawi. Laporan ini merupakan hasil kajian di dalam pembinaan pakej "Penterjemah Rumi Ke Jawi", bagi perkataan-perkataan di dalam Bahasa Malaysia. Ia nya meliputi kajian dan analisis terhadap pola-pola ejaan rumi dan jawi masa kini, kaedah-kaedah dan syarat-syarat penterjemahan perkataan rumi ke jawi secara umum, serta pembentukan tulisan jawi untuk dipamerkan pada skrin komputer. Pakej yang yang dibina ini adalah berbentuk interaktif dan "menu-driven". Mengenal token atau perkataan yang perlu diterjemah adalah perkara utama yang perlu dilakukan. Perkataan dileraikan kepada sukukata untuk mendapatkan bunyi sebutannya. Kemudian, barulah diterjemahkan sukukata demi sukukata bagi setiap perkataan ke dalam tulisan jawi. Dengan adanya pakej ini, pengguna dapat menterjemahkan suatu teks rumi kepada teks jawi yang sepadan dengan cepat. Secara tidak langsung, ia menunjukkan kepada kita bagaimana untuk menulis sesuatu perkataan itu didalam tulisan jawi.